You are currently viewing Nafkah: Antara Ibu & Isteri

Nafkah: Antara Ibu & Isteri

Dari program Tazkirah Jumaat Muslimat, disampaikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Maksud Nafkah:

Membelanjakan harta untuk perkara yang baik untuk diri & orang2 dibawah tanggungannya.

Tanggungjawab anak lelaki selepas berkahwin:-
1. Memberi nafkah & memenuhi keperluan isteri,
2. Menyara keperluan nafkah & pendidikan anak2,
3. Betanggungjawab kepada ibubapa,
4. Membantu isteri menguruskan hal ehwal rumahtangga,
5. Mencari rezeki dari sumber yang halal,
6. Mendalami ilmu agama,
7. Menghubungkan silaturrahim dengan masyarakat sekitar.

Perkara yang menyebabkan nafkah menjadi wajib:
1. Ikatan perkahwinan,
2. Hubungan kekeluargaan,
3. Hubungan pemilikan (haiwan,tanaman,ekosistem).

Urutan penerima nafkah:-
1. Diri sendiri,
2. Isteri,
3. Anak
4. Bapa,
5. Ibu,
6. Cucu,
7. Datuk,
8. Adik beradik,
9. Ahli keluarga.

*(Walaupun miskin, wajib bagi nafkah. Kena berusaha & mencari jalan untuk melunaskan nafkah)
*(Ibu bapa mertua jatuh bawah kategori 4 & 5, iaitu Bapa & Ibu)
*(Walaupun ada 9 urutan nafkah, sekiranya ada lebihan, barulah boleh diberikan kepada urutan yang lebih bawah).

Kategori nafkah untuk diri sendiri:
1. Makanan,
2. Barang keperluan,
3. Pakaian,
4. Tempat tinggal.

*(Hobi suami tidak termasuk dalam melengkapi nafkah diri sendiri)

Nafkah untuk isteri:-
1. Makanan,
2. Rempah ratus dapur (jika diberikan makanan siap bermasak, maka tidak perlu),
3. Pembantu (bagi yang mampu),
4. Pakaian,
5. Keperluan peribadi, mandian, dsb,
6. Perkakasan rumah, perabot,
7. Tempat tinggal & keselamatan dalam rumah.

Dalam keadaan suami meninggal dunia:
*Anak2 suami wajib ditanggung oleh adik beradik/keluarga suami.
*Isteri/keluarga isteri pula perlu membesarkan dan memberi didikan kepada anak yatim ini.
*Nafkah isteri yang kematian suami, sekiranya tidak bekerja, maka jatuh kembali kepada ayah/adik beradik lelaki isteri. Sekiranya isteri bekerja & mampu menanggung dirinya sendiri, maka dia sendiri perlu menyara dirinya.

(Dalam kes keluarga arwah suami memberi nafkah kepada anak yatim & keluarga isteri membesarkan & memberi didikan, kedua2 pihak saling melengkapi. Complete each other not compete with each other)

Hendaklah orang yang mempunyai keluasan memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang terbatas rezekinya, hendaklah memberi nafkah daripada harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak membebankan seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kesenangan setelah berlakunya kesempitan. (At-Talaq: Ayat 7)

*Maksudnya, kaya atau miskin, kedua2nya kena bagi nafkah.

—–
Sebelum memulakan tazkirah, Ustazah share 1 kes dimana seorang suami tidak pernah memberikan nafkah kepada isteri kerana isteri bekerja.

Kerana ibu suami tersebut telah berpesan, “kau jangan sesekali bagi duit kat isteri kau, kalau isteri kau kerja”.

Ibu ini sebenarnya mendorong anaknya meninggalkan kewajipan sebagai seorang suami.

Sebab yang mendengar semua isteri & ibu, maka tanggungjawab kami yang mendengar ini sebagai bakal ibu mertua untuk tidak melakukan perkara yang sama.

Suami yang tidak memberikan nafkah kepada isterinya, maka nafkah tersebut dikira sebagai hutang. Jika dia mati, maka matinya dalam keadaan berhutang.

Walaupun suami memberikan keizinan untuk isteri bekerja, suami tiada hak untuk menggunakan gaji isteri sebagai balasan memberikan keizinan. Dengan memberi izin isteri bekerja suami sebenarnya sedang melengkapi tanggungjawab yang ke 7, iaitu menghubungkan silaturrahim dengan masyarakat sekitar.

 

Love,

Zai Ismail




Zai Ismail

An employee, a content creator & food lover. Passionate in financial, property and digital marketing.

Leave a Reply