You are currently viewing Tuan Rumah Menyewa Rumah

Tuan Rumah Menyewa Rumah

“Kau tau, dia beli rumah sendiri.. tapi dia sendiri masih duduk menyewa. Baik tak payah beli rumah kalau macam tu”.

Akak terdengar sorang Colleague ni cakap macam tu.

 

Salah ke dah ada rumah sendiri tapi hidup masih menyewa??? Terpulang pada matlamat individu tu sendiri sebenarnya.

 

Akak bagi contoh:-

SITUASI 1

  • Ali ni bujang lagi dan bekerja kat Rawang. Untuk menjimatkan kos, Ali cuma menyewa bilik berdekatan dengan tempat kerjanya.
  • Memandangkan Ali menyewa berdekatan dengan tempat kerja, Ali dapat menjimatkan perbelanjaan kos pengangkutan dan masa perjalanan. Selain itu, Ali tidak perlu membayar lebih apabila dia cuma menyewa bilik sahaja.
  • Walaupun begitu, Ali mempunyai hasrat untuk memiliki rumah sendiri. Jadi Ali membeli sebuah rumah di Shah Alam. Sebelum membeli rumah tersebut, Ali telah membuat analisa dan hasil sewaan rumahnya boleh membayar bayaran bulanan bank selain terdapat lebihan RM100 selepas ditolak bayaran bank.
  • Dengan lebihan RM100 setiap bulan, lebihan tersebut boleh membayar sebahagian dari sewa biliknya di Rawang.
  • Kenapa Ali tidak tinggal di rumahnya sendiri?
  • Selain menjimatkan dari perjalanan yang jauh, Ali juga akan mendapat lebihan hasil sewa setiap bulan RM100 memandangkan rumah di lokasi yang dibelinya berada di kawasan potensi tinggi untuk disewakan.

SITUASI 2

  • Abu sudah berkahwin dan tinggal di Shah Alam dan sudah memiliki sebuah Apartment di kawasan yang berdekatan. Walaubagaimanapun rumah tersebut disewakan dimana bayaran bulanan kepada bank dibayar sepenuhnya menggunakan hasil sewaan.
  • Memandangkan Abu sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak, jadi dia telah menyewa sebuah rumah teres yang berdekatan dengan sekolah anak-anaknya untuk memudahkan urusan penghantaran sekolah mereka.
  • Rumah tersebut disewa dengan sewaan bulanan sebanyak RM1,500. Walaubagaimanapun, sekiranya Abu membeli rumah tersebut, bayaran bulanan yang perlu dibayar ialah sekali ganda harga sewaan tersebut.

 

Kadang-kadang kita hanya pentingkan sampai bila nak tinggal rumah sewa. Kenapa tak beli rumah sendiri. Tak semua orang akan berfikiran macam kita fikir. Masing-masing ada objektif dan plan masing-masing. Terpulang pada pilihan mereka.

 

Untuk menjadikan kedua-dua situasi di atas menjadi satu kelebihan untuk kita seperti Ali & Abu, perlu ada ilmu untuk menjadikannya satu kelebihan yang kita boleh buat walaupun pada pandangan orang lain, ianya mustahil untuk dilakukan.

 

Kenapa Ali & Abu berjaya mengambil kesempatan dari situasi di atas, walaupun mereka cuma menyewa & dan sudah memiliki rumah sendiri.

  • Ali & Abu terlebih dahulu maninjau pasaran rumah yang mana mereka akan mendapat cash in flow hasil dari sewaan.
  • Rumah yang dibeli untuk disewakan ialah apartment yang mana, harga sewaan jika lokasinya strategic, kadar sewaan lebih tinggi dari bayaran bulanan kepada bank.
  • Abu menyewa rumah teres tetapi tidak membelinya sendiri kerana harga sewaan lebih murah jika dibandingkan bayaran bulanan yang perlu dibayar kepada bank jika dia membelinya sendiri.

 

Apa-apapun, terpulanglah pada matlamat masing-masing. Apa yang Akak nak cakap kat sini, apa yang orang lain buat yang agak ganjil dari yang selalu norma masyarakat selalu buat tidak menunjukkan mereka mempunyai masalah untuk membuat keputusan.

 

Yang penting, walaupun selesa hidup menyewa, make sure miliki rumah sendiri juga.

 

Love,

Zai Ismail




Zai Ismail

An employee, a content creator & food lover. Passionate in financial, property and digital marketing.

Leave a Reply