Grand Lexis Port Dickson ni merupakan 5-star hotel yang mana merupakan pemegang rekod the Malaysian Book of records dengan swimming pool paling banyak di dalam resort. Sesuai dengan rekod yang dipegang, setiap unit dilengkapi sebuah kolam renang dengan susur atur yang berbeza berkonsepkan Bali. Dengan lokasi yang boleh dikatakan dekat dengan Kuala Lumpur, resort ini sentisa penuh di hujung minggu. Jadi, kalau rasa nak bawa keluarga dan anak-anak kesini, tempah awal-awal supaya tak kecewa. KLIK UNTUK CHECK HARGA
Pada 19 – 21 Ogos 2022 baru-baru ni, Sektor tempat Akak kerja ada buat team building kat sini. Jadi, dengan berat hatinya, Akak terpaksa pergi jugalah walaupun sebenarnya tak nak pergi. Alang-alang Akak dah pernah ke sana, jadi Akak nak review sikit pasal Grand Lexis Port Dickson ni. Akak tak sempat nak explore sangat sebab jadual penuh dengan aktiviti team building.
Lobi
Bila masuk ke lobi, tak rasa masam masuk hotel 5-star Kalau dari dalam lobi, kita boleh nampak bahagian luar depan bangunan sebab dindingnya dibuat dari kaca. Okay yang ni sangat trigerred. Kat dinding kaca lobi, penuh dengan lalat. Serius!!! Ni first time masuk lobi hotel banyak lalat. Dalam kepala dok fikir, dorang ni lap cermin kaca ni dengan kain buruk kotor ke? Macam lazat je cermin kaca kena hurung dengan lalat.
Bilik
Ada beberapa jenis unit kat sini. Memandangkan kitaorang ni datang untuk team building, jadi semua orang dapat garden wing suiteĀ kecuali big boss dapat Pool Villa. Akak duduk kat Garden Wing Deluxe Suite. Bilik agak besar dan ada 2 katil king dan 1 sofa 3-seater. Kekurangannya, kalau nak mekap ke atau nak betulkan tudung, Akak terpaksa masuk bilik air, sebab takde satu pun cermin dalam bilik.
Kat bahagian hujung bilik ada pantry kecil yang ada 1 microwave, fridge and jug kettle tapi sinki takde kat pantry.
Bilik air pun luas. Tandas dan ruangan nak mandi asing jadi tak kacau lah kalau ada orang nak mandi dan nak melepaskan hajat dalam masa yang sama. Cumanya pintu utama ada 1 je dan ruang tandas dan ruang bilik air tak boleh tutup dari dalam.
Apa yang tak bestnya, setiap bilik ada 4 orang dan memang bilik ni untuk 4 adult tapi hotel cuma sediakan barang untuk 2 orang. Cup untuk 2 orang, toiletries pun untuk 2 orang. kalau ikutkan, dah bilik tu memang untuk 4 adults, sediakan kelengkapan untuk 4 orang terus. Tak perlu la customer nak request.
Dalam bilik dah tersedia iron board & 1 iron. Tapi..tapi… iron pon dapat iron yang dah rosak korang. Request iron pon, bukannya dapat terus.
Buggy Service
Memandangkan bilik/unit jenis landed. paling tinggi pun, 1 tingkat kat atas je, jadi buggy service disediakan. Nak guna buggy, call je nanti dorang akan datang. Tak perlu nak menunggu lama.
Makanan
Breakfast, lunch and dinner disediakan di Rossele Coffe House. Makanan dia nak kata sedap tak jugak. Nak kata tak sedap tak jugak. Kira boleh la. Tapi tak setaraf 5-star hotel. Kitaorang pergi 3 hari kat sana, setiap hari akan ada kambing salai/kambing bakar. tapi hari pertama, langsung tak boleh nak makan sebab daging kambing terlampau liat. Hari kedua, daging kambing dah rasa lembut sikit dan dah boleh makan. Hari ketiga, baru rasa daging kambing tanggal dari tulang. Sambil makan, sambil borak dengan member-member dorang ni recycle ke daging kambing ni. Makin lama makin lembut rasa isi daging kambing. tapi takkan la hotel 5-star buat macam tu kan?
Apa yang tak bestnya makan kat sini, sambil makan sambil tangan mengipas lalat. Penuh dengan lalat weh! Nak ambil buffet pon, bila tengok lalat tengah hurung tu, alahai… Dah jadi habuan lalat dulu sebelum kita dapat makan.
Swimming pool
Buka je sliding door depan katil, boleh terjun terus dalam kolam. Kolam dia takdelah besar sangat, sekali kipas tangan je dah sampai ke hujung kolam. Kedalaman pulak dalam 1.2 meter. Tapi kalau bawak anak-anak, tetap seronok jugakla mandi kolam. Cumanya yang tak best kat sini, bila bukak pintu sliding je, dengar bunyi bising burung layang & bunyi panggil burung layang-layang. Rumah burung layang-layang betul-betul belakang bilik Akak. Kiranya pagi-pagi dengar bising suara burung layang-ayang dulu. Kalau bawak family dan anak-anak korang jenis tak biasa, mungkin dorang alan rasa takut sikit time nak tidur malam dan waktu pagi.
So kesimpulannya, Akak rasa Grand Lexis ni tak segah 5-Star hotel dan maximum star yang Akak boleh bagi 3.5/4 star sahaja. Yang membuatkan dia berbeza, hanyalah bilik yang besar dan setiap bilik ada swimming pool. Walaubagaimanapun, masih berbaloi untuk bawa anak-anak ke sini dengan keadaan bilik yang selesa dan private pool di setiap bilik.
Klik untuk semak harga terkini atau cari pilihan hotel lain di Port Dickson di sini.