Pengalaman kena ovarian cyst dan apa yang saya buat sehingga cyst yang berukuran 2.8cm menjadi 1.7cm kemudian hilang Sepenuhnya dalam tempoh 2 bulan.
Bagaimana Ovarian Cyst Ini Dapat Dikesan
Pada 25 Januari 2022 Akak dimasukkan ke wad disebabkan food poisoning dari 24 Januari lagi. Akak kena warded selama 5 hari dan semasa dalam ward, doktor sarankan Akak untuk buat ultrasound disebabkan Akak masih lagi sakit perut walaupun dah diberi ubat dan antibiotik. So dari situ doktor dapat kesan ada ovarian cyst sebesar 2.8cm. Doktor yang rawat food poisoning recommend untuk jumpa doktor O&G untuk check keadaan cyst tersebut.
Next Action Lepas Dapat Tahu
Bila Akak tahu ada cyst, Akak pon buat appointment untuk jumpa doktor Najwa dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital. Memandangkan Akak kena warded sebab food poisoning dan antibiotik yang digunakan agak tinggi, jadi doktor yang rawat food poisoning recommend untuk ambil supplement probiotik untuk kembalikan balik bakteria baik. Bila Akak diberi antibiotik masa kena warded, antibiotik tu bukan sahaja bunuh bakteria jahat tapi bakteria baik pon ikut sekali mati.
Memandangkan Akak ni bukan jenis orang yang rajin keluar rumah, jadi Akak pon scroll la Shopee untuk cari supplement probiotik. Probiotik tu pulak Akak cari yang made in Australia sebab doktor bagitau made in Australia ni yang okay. lepas scroll and baca review, Akak pon beli Blackmores probiotik dari satu farmasi yang menjual kat Shopee. Jadi Akak pon makanlah probiotik tu setiap hari tanpa henti sebab nak bagi baik balik perut yang masih sensitif dan tak okay lagi walaupun dah keluar hospital.
First Appointment
Masa jumpa doktor untuk first appointment ni, doktor scan cyst Akak dah turun jadi 1.7 cm. Akak pon agak pelik jugak. tapi doktor bagitau mungkin masa scan kali pertama dulu tu tak tepat. Memandangkan cyst kurang dari 5cm jadi tak perlu operate. Lepas tu doktor bagi ubat perancang untuk bagi stabil hormon. Akak setuju je, sebab memang selama ni Akak makan pil perancang pon. Lagi pula dapat pil perancang free-free je sebab nanti hospital claim under takaful company. Kalau tak pil perancang kena beli sendiri. Doktor jugak nasihatkan untuk jaga makan dan jangan makan makanan yang boleh menyebabkan cyst tu membesar. Lepas jumpa doktor and sementara nak jumpa doktor untuk second appointment Akak continue makan supplement probiotik Blackmores setiap hari.
Second Appointment
Alhamdulillah bila jumpa doktor untuk kali kedua, cyst Akak dah hilang sepenuhnya. Cumanya doktor nasihatkan untuk continue pantang untuk elakkan cyst datang lagi. Walaupun doktor bagi pil perancang untuk kecilkan cyst, tapi sebab Akak memang sentiasa makan pil perancang sebelum ni, jadi Akak tak rasa pil perancang tu penyebab utama cyst Akak menghilang. Jadi suspek utama adalah supplement probiotik. Bila Akak baca kebaikan probiotik, rupanya probiotik boleh mengurangkan radang. Jadi mungkin dengan sebab ni, cyst Akak makin mengecil dan kemudiannya menghilang.
Blackmores Supplement

Kesimpulan
Bila dah kena ovarian cyst ni, apa yang boleh Akak simpulkan dari nasihat doktor ialah kita kena jaga makan. Jangan makan makanan berasaskan soya dan elakkan untuk makan kolagen juga. Sebab 2 benda ni boleh mengaktifkan balik cyst.
So itu saja perkongsian Akak, sampai jumpa lagi di dalam next post.
Bye.