Masa bujang dulu, duduk sorang-sorang pun tak rasa apa. Dah 10 tahun kawin, dah selalu kena kacau dengan anak-anak, bila tiba-tiba dorang takde, terus jiwa kacau.
Akak ambik cuti seminggu dari 10hb sampai 14hb sebab nak habiskan cuti dan nak jaga Iman pantang lepas sunat. So 9hb tu Akak balik Gua Musang rumah parent Akak. Sabtu, 15hb Akak balik Shah Alam tanpa Iman & Zara. Akak tinggalkan dorang rumah Tok Ma dorang sebab minggu seterusnya tu Pak Encik, iaitu husband Akak kena setelkan urusan tutup kedai kat Beris, Kelantan. So kalau dorang balik sekali, takde siapa nak jaga dorang. Akak pagi-pagi pukul 6 dah keluar rumah nak pegi kerja. Lepas Magrib baru balik rumah.
Seminggu tanpa anak-anak kat rumah, terasa kosong hidup. Hidup pergi kerja, balik kerja, tido, bangun lagi & ulang je proses tu. Terasa kosong hidup. Semalam dorang dah balik, baru rasa boleh bernafas sikit. Baru rasa terisi sikit hidup. Boleh dengar dorang gaduh, boleh dengar dorang mintak macam-macam. Boleh dengar dorang lawan balik cakap Akak.
Pak Encik outstation tengok kedai seminggu – 2 minggu pun Akak rasa biasa-biasa je. Tapi anak-anak takde disisi seminggu rasa sangat tak keruan hidup.
Minggu ni Akak rasa semangat dah naik sikit nak kerja & balik rumah 😀
Love,
Zai Ismail