You are currently viewing Cabaran Menabung

Cabaran Menabung

Personally, cabaran utama untuk Akak menabung ialah kekalkan duit tabungan Akak tu dalam akaun tabungan. Disiplin tak cukup kuat untuk melupakan duit yang dah masuk akaun tabungan.

Tabung pertama;
Mula2 menabung masa Akak belajar dulu, Akak simpan dalam akaun simpanan biasa yang takde online banking & takde atm card. Tapi Akak tak boleh tengok duit ada dalam Akaun, mulalah Akak gatal tangan pegi beratur bawak buku nak ambik duit. Tambah pulak bank tu jalan kaki pun boleh dari fakulti Akak.

Kalau korang macam ni, kita geng! 😁

Tabung kedua;
Akak simpan dalam buku ASB. Pun masa belajar jugak. Tapi sama jugak penyudahnya. Agak2 nak pakai duit beli kasut baru, Akak pegi beratur bawak buku biru keluarkan duit. Ada yang macam Akak jugak tang ni?

Tabung ketiga;
Lepas tak berjaya dalam kedua2 tabung kat atas, Akak simpan kat Tabung Haji. Masa ni dah kerja. Sebab Akak kerja, jadi masa diawalnya, Akak yakin & pasti Akak takkan keluarkan duit dari tabung ni. Tabung Haji pun bukak office hour je. Takkan Akak nak ambik cuti semata2 nak keluarkan duit kan?

Tapi Akak pandang rendah dengan diri sendiri. Hari jumaat, company Akak rehat 2 jam 45 minit. Jadi Akak gunakan masa ni untuk pegi Tabung Haji keluarkan duit dari akaun Tabung Haji. Ada yang hardcore macam gaya Akak ni tak? 😆 Kalau ada, kena tengok cara seterusnya..

Tabung keempat;
Seterusnya Akak buat ASB financing. Kononnya dividen tahunan Akak boleh simpan. 3 tahun je kot Akak tak guna dividen ASB ni. Lepas tu Akak keluarkan buat modal meniaga. Habis duit simpanan Akak.. target nak simpan untuk hari tua, sempat sekerat jalan je.

Cara ASB financing ni, boleh dapat duit dalam tempoh tertentu & sangat berkesan. Kalau tak, takkanlah Akak boleh guna dividen ASB untuk buat modal meniaga. Cumanya Akak tak achieve objective Akak yang asalnya tujuan simpanan tu untuk simpanan hari tua.

Tabung kelima;
Yang ni Akak baru start buat. Akak bukak akaun GAP dengan PG Gold. Targetnya sebulan 1gm je nak buat secara konsisten. Harap2nya Akak tak asah otak untuk cari idea macam mana Akak nak dapatkan tunai dari akaun GAP ni. Kalau tak, habisla simpanan untuk Akak bersara.

Ada lagi cara keenam. Tapi yang tu Akak simpan untuk diri sendiri je dulu.

Love,

Zai Ismail




Zai Ismail

An employee, a content creator & food lover. Passionate in financial, property and digital marketing.

Leave a Reply