You are currently viewing Cari Susu Formula Terbaik Nak Ganti Susu Ibu

Cari Susu Formula Terbaik Nak Ganti Susu Ibu

Its a nightmare when you don’t produce enough for your baby 😭 Breastfeeding is tough. Its tougher when the baby are not with you.

Cerita bermula bila kerja kat ofis banyak & jadual nak produce susu lari lintang pukang. Ditambah dengan pam yang rosak pulak, seminggu production drop gila. Cuma dapat 1/3 dari biasa dapat.

Masa ni Cik Pia baru 5 bulan, bulan 9, 2019.

Bila call kat kampung, Ma cakap susu dah takde. Nak taknak, suka atau tak suka, maka Akak terpaksa cari susu formula nak top up susu Cik Pia 😭

Bermula sesi mengoogle & cari susu yang sesuai nak top up. Bila dah dapat senarai susu hasil carian google, Akak terus ke pasar raya cari susu dalam senarai. Tapi malangnya 1 pun yang dalam senarai tu takde.

Apa Akak buat, Akak duduk depan kaunter susu kat pasar raya tu, setiap susu yang ada Akak google check review.

Jumpa 1 brand susu yang ada orang review baby terima susu tu. Brand Karihome. Akak ambil 1 tin 400gm untuk test dulu dengan harapan, Cik Pia boleh accept sepenuhnya susu ni.

Dipendekkan cerita….

Susu ni kena bagi waktu malam sahaja, sebab bila sedar Cik Pia memang taknak minum langsung. Bila malam, dia tengah lapar & tengah tak sedar, dia akan habiskan susu ni.

Cik Pia takde alergic dengan susu Karihome. Cumanya Mamanya lah yang jadi alergic poket sebab harga untuk 1 tin 400gm ni boleh tahan juga.

Karihome ni susu kambing. Kalau nak banding dengan susu ibu, memang macam langit dengan bumi, tapi sebab dah terpaksa kena la jugak supplement dengan susu formula. Menangis jugak masa bawak balik susu tu.

Sampai sekarang pun, walaupun dah 4 bulan minum susu Karihome, masih lagi bagi bila malam sahaja. Kalau bagi siang, memang dia tak berapa nak minum kecuali kalau lapar sangat.

Zai Ismail

An employee, a content creator & food lover. Passionate in financial, property and digital marketing.

This Post Has 2 Comments

  1. Hanis

    Hi kak.. nak tny, rasa susu ni sme dgn susu formula lain ke? Sbb ank sy 3 bln dah 2 jenis susu cuba, dia tolakkk mntah2 walaupn tgh tidur.. situasi sy pn sme mcm akk, kje sibuk tk smpt nk pam..susu drop teruk.. kalau rasa susu karihome sme dgn fm lain mesti cnfm dia tknk ☚ī¸ Akk tlg rply d email ye. Tq kak

    1. Zai Ismail

      Tak pernah test rasa dia, tapi dia punya bau tu macam tawar sikit. Tak bau ‘berlemak’ macam susu formula lain.

      Anak Akak dah tukar susu sebab stok susu Karihome susah nak dapat kat kelantan. Jadi tak boleh nak tolong rasa. Sorry.

      Masa tukar tu selang2 dengan karihome. Tak tukar sekaligus.

Leave a Reply