Persamaan deliver ketiga-tiga budak bertuah;
Yang pertama… Awal dari due date. Iman 36 minggu dah bersalin, Zara 37 minggu & Zafya 38 minggu. Masing-masing memang tak sabar nak tengok Mama dorang. Selalu dengar suara lemak merdu dari dalam perut je πΆπππ
Nombor dua… Mesti dorang pilih sehari selepas antenatal check up. Baik Iman, Zara & Zafya, semua bersalin sehari lepas jumpa Doktor.Β Memang dorang dah pakat kot tiga-tiga depa ni nak keluar sehari lepas jumpa Doktor.
Yang ketiga… Bersalin tiga-tiga tak sempat cucuk kat tangan. Masa Iman dulu ingatkan memang tak payah cucuk.
Lepas tu bila ada kawan2 hantar gambar nak bersalin, mesti tunjuk tangan yang nak masuk air tu. Kupikir, kalau proses bersalin bermasalah baru kena cucuk π
Bila bersalin Zara, keluar dari labor room masa tengah-tengah mamai tu dengar nurse cakap “cepat sangat bersalin, tak sempat nak drip”. Masa tu baru tau.. rupanya memang kena pasang yang cucuk kat tangan tu.
Masa Zafya haritu pon, time nak discharge siap ada nurse datang semata nak bukak jarum kat tangan. Bila tunjuk tangan, dia kata “eh dah bukak..bila bukak?” Bila Akak jawab tak cucuk pon.. terus dia buat muka pelik.
Tapi bagus jugak, tak sempat cucuk & pasang drip kat tangan. Mesti sakit.. π£
Love,
Zai Ismail