Cara Selesaikan Hutang Guna Teknik ‘Snow Ball’

Content ni merupakan posting dari myimara.wordpress.com yang di’published’ pada 23 August 2015. Since Akak nak tutup blog tersebut, maka Akak copy & paste posting tu kat sini.

 

Pada tahun 2014, hutang isi rumah Malaysia berada pada kadar 87% daripada Keluaran Dalam negara Kasar. Ini secara tidak langsung menyebabkankan peningkatan senarai muflis. Masalah kewangan ini juga akan memberi kesan kepada masalah rumahtangga yang boleh juga menyumbang kepada masalah sosial.

Walaupun begitu, kita tidak dapat lari dari hutang yang telah membelit keadaan kewangan rumahtangga. Pengurusan kewangan penting supaya masalah kewangan ini tidak bertambah buruk. Menurut Robert & Kim Kiyosaki, terdapat beberapa cara untuk hidup bebas dari hutang.

 

Terima Hakikat

Mahu atau tidak, kita tidak dapat lari dari masalah yang kita hadapi. Jangan menidakkan hutang isi rumah ini sebaliknya kita harus terima hakikat bahawa kita memang dibeleggu hutang piutang. Ketika ini tenangkan hati, berdoa kepada Allah agar dimudahkan segala urusan dan dilapangkan hati untuk kita menerima setiap yang berlaku.

 

Berhenti Berhutang

Sekiranya kita betul-betul nak bebas diri dari hutang, berhenti dari membuat hutang baru. Jika tidak, usaha untuk bebas hutang ini, tidak akan berjaya. Konsep ‘Gali Lubang Tutup Lubang’ bukan sahaja tidak boleh digunapakai dalam proses menyelesaikan hutang, malah akan memburukkan lagi keadaan.

 

Senaraikan SEMUA Hutang

Senaraikan SEMUA hutang isi rumah termasuk hutang saudara-mara dan kawan-kawan. Jangan tinggalkan walau sekecil mana pun jumlah hutang tersebut. Ini penting agar kita dapat mengenalpasti jumlah sebenar hutang kita. Untuk setiap satu dari senarai hutang ini, catatkan nama pemiutang, jumlah hutang, bayaran minimum setiap bulan dan tempoh bayaran.

Hutang 1
Hutang 1

 

 

 

 

 

Hutang 2
Hutang 2

 

Hutang 3
Hutang 3

 

 

 

 

 

Hutang 4
Hutang 4

 

 

 

 

 

Tentukan Aturan Pinjaman

Menentukan aturan bayaran pinjaman ialah untuk menetapkan pinjaman manakah yang kita ingin selesaikan terlebih dahulu. Dalam menentukan aturan pinjaman, pilih pinjaman dengan baki masa yang terpendek dan bukannya pinjaman dengan bayaran bulanan yang rendah. Dengan ini kita akan dapat melihat hasilnya dengan lebih cepat dan secara tidak langsung akan menambahkan semangat kita untuk menyelesaikan hutang-hutang yang lain. Sebagai contoh, saya senaraikan 4 jenis hutang yang dimiliki oleh isi rumah dan mengikut senarai di atas, pinjaman peribadi dari CIMB merupakan yang paling singkat baki tempoh bayaran. Senarai keutamaan adalah seperti berikut:-

  1. Hutang 4
  2. Hutang 1
  3. Hutang 2
  4. Hutang 3

 

Tambahan RM100 Sebulan

RM100 mungkin sedikit untuk orang yang berduit, tetapi bagi yang sedang mengalami masalah kewangan jumlah ini boleh menampung belanja harian sekeluarga untuk seminggu. Usaha diperlukan untuk mendapatkan RM100 ini. Kerja kedua seperti mengajar tusyen antara yang boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan duit tambahan ini. Selain itu kita juga boleh menjalankan perniagaan internet dengan modal yang sedikit ataupun tanpa modal seperti ‘dropship’ atau ‘affiliate.

 

Membuat Bayaran

Setiap bulan pastikan semua hutang dibayar dengan bayaran minima ataupun jumlah bayaran bulanan sebenar kecuali hutang 4. Bayaran bulanan hutang 4 ialah RM150 + RM100. Daripada membayar bayaran bulanan hutang 4 sebanyak RM150, kini jumlah bayaran bagi hutang 4 ialah RM250. Dengan bayaran tambahan RM100, ini hutang 4 dianggarkan dapat diselesaikan dalam tempoh masa 8 bulan dibandingkan tempoh asal selama 14 bulan.

Setelah hutang 1 selesai, kita kini mempunyai lebihan duit sebanyak RM250 yang sebelum ini dibayar untuk hutang 1. Proses ini tidak terhenti disitu sebalikkan teruskan proses ini untuk hutang dalam senarai kedua. Hutang dalam senarai kedua ialah hutang 1 iaitu kad kredit dengan jumlah bayaran minima sebanyak RM100. Untuk bayaran hutang 1, bayaran setiap bulan berjumlah RM100 + RM250. Jumlah tambahan RM250 ini merupakan jumlah bayaran untuk hutang 4 sebelum ini. Hutang 1 mungkin boleh diselesaikan dalam tempoh masa 11 bulan jika formula ini diteruskan.

Proses yang sama juga digunakan untuk menyelesaikan hutang 2 dan hutang 3. Dalam mengambilkira formula dan proses yang dicadangkan diatas, kesabaran amat diperlukan kerana kita mungkin terpaksa menahan nafsu dan kehendak kita untuk memiliki sesuatu. Namun dengan kesungguhan kita untuk keluar dari belenggu hutang, saya pasti kita mampu melakukannya.

 

 

Zai Ismail

An employee, a content creator & food lover. Passionate in financial, property and digital marketing.

Leave a Reply