Content ni merupakan posting dari myimara.wordpress.com yang di’published’ pada 03 December 2015. Since Akak nak tutup blog tersebut, maka Akak copy & paste posting tu kat sini.
“
Kadang-kadang kita dah pilih nama brand yang memang sesuai mengikut kehendak kita, tapi bila kita nak daftarkan nama tersebut untuk domain, nama tersebut tak ‘available’ untuk kita guna. Bertambah kecewa bila kita dah siap register SSM semata-mata nak nama perniagaan yang didaftarkan di SSM sama dengan nama brand.
Yang paling mengewakan ialah apabila kita tak boleh nak trademark kan nama brand tersebut sebab nama tersebut dah di’trademark’kan terlebih dahulu. Masa tu, nangis tak berlagu pun tak ada guna juga.
Ada caranya untuk kita kenalpasti dulu nama-nama yang masih boleh digunakan dan belum diambil oleh orang lain dengan menggunakan KnowEm
Step 1: Masuk dalam laman web knowem.com
Step 2: Tulis nama brand di ruangan yang disediakan dan klik check it. Contoh brand dibawah ialah Zara Adika. Nama hendaklah ditaip tanpa jarak.
Step 3: Sekiranya nama yang anda pilih masih belum digunakan oleh sesiapa, perkataan ‘available’ akan tertulis di setiap logo laman sosial.
Untuk contoh dibawah Zara Adika telah digunakan oleh seseorang. Jika orang itu adalah anda, type url di url browser dan taip ‘www.facebook.com/namabrandanda’ untuk memastikan pengguna itu adalah anda.
Sekiranya kesemua masih kosong maka anda bolehlah ‘lock’ dulu nama tersebut dengan membuka akaun media sosial yang masih ‘available’ menggunakan nama brand pilihan anda.
Step 4: Buka page lain untuk melihat media sosial yang lain, domain dan juga trademark.
“
Love,
Zai Ismail