5 Tips memilih nama jenama

Content ni merupakan posting dari myimara.wordpress.com yang di’published’ pada 18 November 2015. Since Akak nak tutup blog tersebut, maka Akak copy & paste posting tu kat sini.

Jenama memainkan peranan penting dalam perniagaan kerana jenama membezakan sesuatu perniagaan itu dengan pesaing mereka yang lain.

“Alaa.. saya jual pisang goreng je pun. Buat apa nak ada jenama”.

Pernah tak kita dengar ada kawan-kawan kita bagitau pisang goreng bawah pokok atau pisang goreng sebelah bla bla bla.. Kenapa ini berlaku? sebab gerai goreng pisang tersebut tiada jenama sendiri.

Kalau kebetulan gerai goreng pisang bawah pokok tu ada 2 atau 3 gerai, peniaga goreng pisang tersebut dah kehilangan pelanggannya.

Untuk memilih nama jenama, tips-tips dibawah mungkin berguna untuk anda

Jangan meletakkan nombor

Ramai mungkin tersalah eja sekiranya terdapat nombor didalam jenama. Sebagai contoh ‘makan2you’. Sekiranya pelanggan ingin membuat carian, dia mungkin menaip nama jenama tersebut sebagai ‘makantoyou’.

Jangan masukkan tahun

jika anda meletakkan tahun didalam jenama anda, maka setiap kali perubahan tahun berlaku, maka anda mungkin terpaksa mengubah nama jenama anda.

Gunakan hanya satu bahasa

Penggunaan dwibahasa mungkin sedap didengar bila jenama tersebut disebut tetapi ianya tidak kelihatan profesional.

Elakkan menggunakan –

Penggunaan – menyukarkan pelanggan untuk menyebut jenama tersebut dan melakukan carian di internet. Contohnya zai-ismail.com

Gunakan hanya 5 sukukata

Jangan gunakan lebih dari 5 sukukata kerana ia akan menyukarkan seseorang untuk menyebutnya. Nama jenama hendaklah senang disebut dan senang dieja supaya orang ramai mudah mengingati nama jenama tersebut.

Tips ni tersangatlah berguna bilamana kita nak create website sendiri & nama brand kita orang tak kenal lagi di pasaran. Kelima-lima tips ni adalah untuk memudahkan carian prospek & pelanggan di internet.

Zai Ismail

An employee, a content creator & food lover. Passionate in financial, property and digital marketing.

Leave a Reply