Busuk Hati Tengok Post Gambar Makanan di Media Sosial

ORANG POST PASAL MAKANAN PUN KAU NAK KONDEM. APA BUSUK HATI LA KAU NI HANAT!

Dalam keadaan biasa, mungkin kita boleh cop terus orang tu busuk hati. Kita boleh suruh dia unfriend FB friends dia yang selalu post makanan.

Tapi kawan-kawan, kita sekarang dalam keadaan darurat kecil. Dalam keadaan begini, banyak perkara & sensitiviti yang kita perlu jaga.

Berapa ramai pekerja yang diarahkan bercuti tanpa gaji. Berapa ramai peniaga kecil yang tak boleh keluar berniaga & terputus pendapatannya. Ada yang berkerja gaji hari & sumber pendapatannya tiada di ketika kawalan pergerakan ini.

Berapa ramai pelajar universiti yang terkandas di kolej/asrama masing-masing kerana tidak dapat pulang kerumah & mengharapkan ihsan pemberian makanan dari pengurusan masing-masing.

Itu tak dikira lagi anak-anak frontliners yang mungkin ibunya tiada dirumah dikala kita menunjukkan makanan enak untuk keluarga kita di media sosial.

Nak bagi ibu-ibu lain idea untuk memasak sepanjang kawalan pergerakan? Post gambar masakan di group memasak. Boleh kan? Ramai orang boleh rujuk disana.

Kita tak tau siapa kawan maya kita & bagaimana keadaan mereka di waktu ini. Mereka mungkin antara orang yang melihat posting makanan kita tapi dalam masa sama sedang mencatu makanan mereka.

Benar, media sosial hak individu masing-masing. Tapi jagalah hubungan sesama manusia dalam keadaan darurat kecil ini. Sekejap je sabar tahan diri. Lepas habis perintah kawalan pergerakan ni, postlah semua jenis makanan yang ada.

Tetapi jika anda merasakan mereka ini punya masalah hati, silalah teruskan post makanan anda di media sosial. FB/IG korang, suka hati koranglah nak buat apa pon.

#STAYatHOME
#dudukRUMAH
#janganKELUAR
#fightCOVID19

Zai Ismail

An employee, a content creator & food lover. Passionate in financial, property and digital marketing.

Leave a Reply