Bila arahan perintah berkurung dikeluarkan, suami-suami yang biasa keluar bekerja & bila balik kerka keluar jumpa kawan pulak mesti akan rasa terseksa. Tapi buat isteri-isteri seorang suri rumah, mereka kurang terkesan dari arahan ini memandangkan mereka dah biasa.
Mereka biasa bersama anak-anak di rumah. Nak keluar kemana-mana terpaksa tunggu si suami dahulu memandangkan ada anak-anak yang perlu diperhatikan apabila keluar ke mana-mana. Kerjanya di rumah tak pernah habis, dari sebelum matahari terbit hinggalah semua orang sudah melelapkan mata.
Nak bercerita tentang masalah, hanya ada anak-anak di rumah. Apalah yang mereka faham. Akhirnya sang isteri hanya bercakap sendiri. Sebab tu bila suami balik, isteri bercakap tak henti. Seharian dia tiada kawan untuk berbicara. Jiran yang ada, masing-masing berkerja. Suami pula, bila isteri bercakap bila dia pulang, dikatakan pula serabut dengar isteri membebel. Lalu selesai mandi dia keluar berjumpa kawan-kawan pula. Akhirnya sendiri isteri melayan perasaan sendiri.
Lama-lama isteri tak lagi ceria seperti dulu. isteri mula bersifat garang menyinga. Maka sikata suami isteri tak sama seperti dulu. Kalau anak-anak dah besar, kuranglah kesunyian. Ada anak-anak untuk meluah.
Bila semua orang diarahkan untuk duduk di rumah, apa yang suami rasa tak sama seperi yang isteri rasa. Keadaan sekarang semua orang kena duduk rumah, jadi sunyinya tidak terasa. Tapi suami tetap akan rasa terkurung. Bayangkan bagaimana isteri suri rumah ini telah merasakan kesunyian sejak dari awal dia menjadi suri rumah lagi. Mahu kemana-mana terpaksa mengharapkan duit suami.
Moga-moga lepas habis COVID19 ni korang ikut sama insaf & sesekali bawaklah isteri suri rumah tu keluar hiburkan hati.
Love,
Zai
Learn from observation