PERNIAGAAN TANPA MODAL @ DENGAN MODAL MINIMA

Content ni merupakan posting dari myimara.wordpress.com yang di’published’ pada 09 November 2015. Since Akak nak tutup blog tersebut, maka Akak copy & paste posting tu kat sini.

 

Harga minyak yang tidak menentu, kejatuhan ringgit, kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga barangan dan banyak lagi faktor yang mempengaruhi. Faktor ini secara tidak langsung memberi tekanan kewangan kepada kebanyakan rakyat malaysia yang ‘makan gaji’ kerana gaji masih ditakuk lama sedangkan perbelanjaan semakin meningkat saban masa. Tekanan ini boleh mempengaruhi banyak perkara seperti peningkatan kadar jenayah, bertambahnya ‘homeless people’ dan kadar kemiskinan mungkin meningkat walaupun dinafikan oleh sesetengah pihak.

Walaupun begitu, faktor persekitaran ini tidak sepatutnya mempengaruhi kita kearah perkara negatif sebaliknya cabaran ini boleh dijadikan pembakar semangat untuk kita berubah. Senang cakap dari buat. Tapi sebanyak mana pun kita merintih dan menyalahkan pihak-pihak tertentu, perkara ini takkan mengubah keadaan yang kita hadapi. Kita takkan mampu untuk mengubah persekitaran ataupun orang disekelling kita tetapi sebaliknya kitalah yang perlu berubah. Jika kewangan tidak mencukupi, apakata kita cari jalan untuk menambah pendapatan keluarga.

Perniagaan merupakan salah satu cabang untuk menjana pendapatan. Tetapi niat untuk menjalankan perniagaan selalunya terhalang disebabkan modal. Jangan risau.. Terdapat beberapa jenis perniagaan yang kita boleh mulakan tanpa modal. Saya senaraikan di bawah ini:-

‘Personal Shopper’

Anda boleh tawarkan perkhidmatan sebagai ‘personal shopper’ dengan jumlah bayaran yang tertentu. Potensi pelanggan boleh datang dari pekerja yang sibuk dan tiada masa untuk membeli barangan yang mereka mahukan atau perlukan. Boleh jadi juga, barangan yang mereka mahukan terlalu jauh dari kawasan kediaman yang memerlukan khidmat ‘personal shopper’. Sebagai contoh, anda boleh menwarkan khidmat pembelian produk ikea kepada pelanggan yang tinggal di Kedah atau Kelantan.

‘Affiliate marketing’

Terdapat banyak syarikat besar yang menawarkan ‘affiliate marketing’ dimana anda perlu membawa pelanggan ke website mereka dan sekiranya pelanggan yang anda bawa membuat pembelian, anda akan mendapat komisen. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai ‘affiliate’ dan anda perlu menjalankan aktiviti pemasaran bagi menarik pelanggan membeli di website mereka.

Dropship

Dropship memerlukan anda untuk mengeluarkan modal minima sebagai kredit untuk pembelian. Anda tidak perlu menyimpan stok dan risiko untuk kerugian untuk produk yang tidak dijual adalah 0%. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasarkan produk dari syarikat yang menjalankan ‘dropship’. Sekiranya ada yang berminat, anda perlu membuat pembelian di syarikat tersebut dan barang akan dipos terus kepada pelanggan anda.

Menulis

Sekiranya anda mempunyai bakat menulis, anda boleh menggunakan bakat tersebut untuk menjana pendapatan. sebagai contoh, anda mungkin boleh menulis cerpen pendek untuk dihantar kepada majalah-majalah yang terdapat dipasaran yang menyediakan slot cerpen didalamnya.

Jadikan hobi sebagai sumber pendapatan

Anda boleh membuat barangan kraftangan anda sendiri dengan modal yang rendah dan menjualkannya secara online atau mencari kedai-kedai yang menjual barangan berkaitan untuk menempatkan produk kraftangan anda. Sekiranya anda mahir dalam kerja pertukangan, anda boleh menggunakan kepakaran tersebut untuk menjana pendapatan. Lakukan sedikit penyelidikan tentang produk yang berkaitan untuk mengetahui permintaan dari pelanggan.

‘Tutor’

Mulakan home tutor sekiranya anda mempunyai bakat untuk mengajar. Generasi ibu bapa sekarang amat mementingkan akademik anak-anak mereka dan mereka sanggup membelanjakan duit untuk membayar tutor supaya anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Apa yang anda perlukan hanya sedikit ruang dalam rumah anda dan luangkan waktu lapang anda sebagai ‘home tutor’.

Penjaga Haiwan Peliharaan

Kerja ini kedengaran kelakar, tetapi dengan kesibukan kerja dan tidak kisah untuk mencari pasangan ramai yang memilih untuk mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing. Ada ketikanya, mereka perlu keluar kawasan dan perkhidmatan penjaga haiwan sudah semestinya dicari. Anda boleh tawarkan perkhidmatan penjagaan haiwan peliharaan untuk tempoh tertentu dengan bayaran tertentu. Konsep hotel haiwan boleh digunakan untuk perkhidmatan ini.

Tukang masak peribadi

Sekiranya anda suka memasak dan pakar dalam menyediakan hidangan yang sedap, kerja ini pasti bersesuaian dengan anda. Anda boleh tawarkan diri untuk memasak dirumah pelanggan. Anda boleh tentukan menunya ataupun mengikut pilihan pelanggan. Samaada pelanggan perlu membeli sendiri bahan dapur atau anda boleh tambahkannya dalam perkhidmatan yang ditawarkan, terpulang pada anda. Dengan berlakunya kes-kes seperti keracunan makanan yang berlaku bebrapa minggu lepas, masakan dirumah sudah semestinya menjadi pilihan.

Perkhidmatan melipat baju

Pernahkah anda dengar ada yang menyediakan satu bilik Khas semata-mata untuk menghumban pakaian yang tidak berlipat? Bukan mereka tidak mahu membuatnya. Tetapi melipat baju memakan masa dan memerlukan seseorang untuk duduk lama melakukan kerja tersebut. Mengapa tidak anda jadikan perkara ini sebagai satu peluang untuk menjana pendapatan?

Diharapkan senarai diatas dapat membantu anda yang masih mencari kerja tambahan ataupun yang bercadang menjalankan pernigaan tanpa modal.

Love,

Zai Ismail

Zai Ismail

An employee, a content creator & food lover. Passionate in financial, property and digital marketing.

Leave a Reply