You are currently viewing Semakan Kredit CTOS – Semakan Secara Percuma

Semakan Kredit CTOS – Semakan Secara Percuma

Hi semua..

Lama betul Akak tak buat posting di blog Akak ni. Akak lebih fokus kat youtube channel Zai Ismail sebab target nak buat 3 video seminggu ditambah pula kerja hakiki Akak sekarang ada projek yang Akak kena handle.

 

Kali ni Akak nak cerita pasal semakan kredit CTOS. Korang tau tak kalau kita first time nak buat semakan credit CTOS, kita boleh buat secara percuma. Korang boleh check kat LINK ni kalau korang berminat.

SEMAKAN KREDIT CTOS

Kenapa penting untuk kita buat semakan kredit. Meh sini Akak senaraikan: –

  • Sekiranya korang merancang untuk buat pinjaman bank dalam masa terdekat, penting untuk korang mengetahui status kesihatan kredit korang. Score CTOS yang baik/sihat akan meningkatkan peluang korang mendapatkan pinjaman dari bank.

Kalau score tak berapa nak okay, dan kita submit juga permohonan pinjaman kepada bank, takut nanti ada rekod pinjaman ditolak kat sistem bank. kalau ada rekod pinjaman ditolak, nanti nak buat pinjaman akan datang akan jadi susah pulak. Jadi dengan membuat semakan CTOS dulu, kita akan tau tahap kesihatan kredit & memperbaikinya sebelum membuat permohonan pinjaman bank.

Bila score CTOS kita dah okay, masa tu baru la kita submit permohonan.

  • Kita boleh buat semakan samada ada rekod lama contohnya bil-bil yang tak berbayar yang mana kita tak perasan nama kita sebenarnya ada dalam rekod senarai hitam.
  • Selain itu, semakan CTOS ni juga boleh membantu kita nak tengok samada ada ke tak orang lain yang guna identiti kita untuk buat pinjaman. Sekarang ni banyak je kes yang orang tu takde buat pinjaman mana-mana pun, tiba-tiba ada orang datang kjutip hutang. Bahaya tu. Jadi sebaiknya kit abuat semakan CTOS ni untuk pastikan benda ni.
  • Kat CTOS ni korang boleh juga tengok kalau ada kes saman yang dikenakan atas nama kita. Manalah tau, tiba-tiba ada rekod pulak. Sekurang-kurangnya kalau benda ni tak betul, korang boleh detect terus & hubungi CTOS untuk clearkan nama korang tu.

Musim-musim sekarang ni, bukan sahaja kesihatan badan kita kena jaga, Kesihatan kewangan & kredit pun kita kena jaga juga. Jadi, pastikan CTOS Score kita baik-baik sahaja okay uols…

SEMAKAN KREDIT CTOS

 

Bye..

 

Zai Ismail

An employee, a content creator & food lover. Passionate in financial, property and digital marketing.

Leave a Reply