Ikutkan, setiap minggu Akak kena balik kampung hantar stok susu Pia. Ya… Anak Akak duduk dengan Tok Ma & Tok Abah dia lepas Akak habis pantang bulan 7 tahun lepas atas sebab tertentu.
Setakat ni Akak miss balik hantar susu sebab Akak buat kelas youtube. Itupun Akak terpaksa stock up lebih sikit dari biasa bila ada kelas youtube. Mak2 menyusu badan mesti tau, bukan senang nak bagi susu lebih dari hari biasa. Tapi sekurang2nya ada persediaan.
Kali ni lain sikit. Bila ada kawalan pergerakan & larangan rentas negeri, Akak tak sempat nak prepare susu Pia. Jadinya susu Pia kena catu & kena bagi susu badan kurang sikit dari sebelum ni. Time tido, bagi susu tepung.
Akak risau, kalau Akak balik, Akak mungkin jadi pembawa. Nauzubillah. Mintak jauh. Tapi baik beringat sebelum kena.
Jadinya, rindu macam mana pun kat kampung tu. Sabarlah sekejap. Kalau sebelum ni balik kampung sebulan sekali, 3 bulan sekali boleh tunggu, takkan masa2 emergency ni tak boleh tunggu. Kalau takde keperluan mendesak untuk balik, biarlah keadaan reda dulu baru kita pulang secara berjemaah.