3 jenis upload privacy di setiap posting youtube

Siapa yang nak upload video kat youtube, kena tau 3 cara untuk save video di youtube channel. 

 

Kat sini Akak share 3 cara kita nak save video dalam youtube;

1. UNLISTED (gambar chain bawah title)

Hanya viewer yang ada link sahaja boleh view video ni. Pemilik channel perlu share link dengan viewer yang dia nak.

Contoh video Akak save as unlisted untuk video test live streaming menggunakan handphone walaupun tak cukup 1k subscribers.


 

2. PRIVATE (gambar padlock bawah title)

Kita boleh save as private dulu kalau ada editing yang perlu dibuat. Perlu log in dulu untuk view video ni. Jadi hanya pemilik channel boleh view video ni.

Contoh video slide simple untuk kelas youtube for beginner. Video ni Akak upload as unlisted & tukar kepada private lepas selesai event.

 

3. PUBLIC (gambar bumi bawah title)

Semua viewer boleh view video ni bila upload & processing complete. Tiada rahsia antara kita.. gitchew..

—–
Yang terakhir… Title tulis 3, tiber ada yang terakhir lepas 3. 😵

Yang terakhir ni sejenis lalang sikit. Mana angin tolak situlah dia ikut. Sebab tu Akak tak masukkan sebagai nombor 4.

Scheduled ni tujuannya masih lagi nak save as public tapi kita nak dia keluar on certain date. Selagi belum tiba hari yang kita nak set dia jadi public, selagi tulah status dia jadi scheduled.

—-
Memandangkan dah boleh live guna handphone di youtube, Akak ingat nak buat live 2 minit berkenaan jenis2 channel di youtube. Kenapa nak buat tajuk ni? Sebab iniah part penting bila create youtube yang ramai orang tak tau.

Kalau nak tau youtube channel tu ada berapa jenis, boleh subscribe youtube channel Akak ni supaya tak terlepas info penting ni.

https://bit.ly/39T53KZ

Zai Ismail

An employee, a content creator & food lover. Passionate in financial, property and digital marketing.

Leave a Reply