Semua orang mengidamkan untuk memiliki rumah sendiri. Apatah lagi kalau sudah berumahtangga.
Pasti ada antara kita yang survey dulu harga rumah. Tapi yang menjadi masalahnya, kadang-kadang kita survey rumah tak ikut budget sendiri sebab tak tau berapa bayaran ansuran bulanan untuk rumah yang disurvey.
Akak share cara senang nak kira anggaran bayaran ansuran bulanan mengikut harga rumah.
Anggaran ansuran bulanan = Harga rumah / 200
Contoh:-
Harga rumah: RM200,000
Anggaran ansuran bulanan = RM200,000 / 200
= RM1,000
Jangan tanya Akak mana dapat 200 ni. Sebab ini memang formulanya.
Tapi kena ingat, ini hanya anggaran sahaja. Ansuran bulanan sebenar akan berbeza mengikut profail kewangan masing-masing & beberapa faktor yang lain.
Formula ni juga tak terpakai untuk pembiayaan yang kurang dari RM100,000. Sebab selalunya pembiayaan bawah RM100,000 profit rate bank akan jadi lebih tinggi.
Sekarang dah tau formula mudah ni, lepas ni dah boleh tengok harga rumah ikut kesesuaian budget masing-masing.
Love,
Zai Ismail
kenapa 200 kak…?? leh kenal tak kak..?? :p wakakakakakakaka
Sebab nama formula ni Formula 200. Kalau tukar jadi 300 dia tak jadi Formula 200