You are currently viewing Layak vs Mampu Beli Kereta

Layak vs Mampu Beli Kereta

Lepas dapat kerja, selalunya benda pertama sekali yang berlegar dalam fikiran ialah “aku nak beli kereta”.

 

Bukan korang je, Akak pun sama. In fact, Akak dulu tak abeh belajar lagi pun Akak dah beli kereta dah. Tapi bukan Akak yang bayar la. Abah Akak yang sponsor bayar. Masa tu excited lebih sebab dapat kereta & tak payah fikir apa2 sebab bayaran bulanan dengan maintenance orang lain yang tanggung.

 

Tapi bila kerja, masa tu baru tau langit tinggi rendah. Nak beli rumah pun bermasalah sebab gaji kecik tapi kat ccris dah ada komitmen kereta.

 

Bila cerita berkenaan layak vs mampu ni, walaupun dari segi kelayakan pinjaman, kita tersangatlah layak, tapi belum tentu kita mampu nak bayar & maintain bulan2 kereta yang kita beli tu.

 

Kat sini Akak share benchmark harga kereta mengikut kesesuaian gaji masing2 supaya kita mampu bayar & maintain kereta yang kita beli.

 

Kena ingat, beli kereta bukan sekadar kena bayar bulanan kat bank sahaja, tapi juga kena ambil kira kos roadtax, insurance, maintainance kereta kalau ada kerosakan, parking dan juga minyak.

 

Bila nak beli kereta, pastikan harga kereta tak lebih dari setahun gaji kita. Contohnya, kalau gaji RM5,000, maka harga maksimum kereta yang kita boleh beli ialah RM60,000. Lagi rendah lagi bagus.

 

Benchmark ni boleh mengelakkan kita dari terjerumus dalam masalah kewangan.

 

Ya ya… Akak faham, beli kereta murah2 ni nanti takde ‘curlas’ kan? Jangan sebab nak nampak ‘curlas’, korang kena makan sekali sehari je sebab nak pakai kereta besar punya pasal.

Dah.. tu je Akak nak bebel..

 

Ciaou…

 

Love,

Zai Ismail




Zai Ismail

An employee, a content creator & food lover. Passionate in financial, property and digital marketing.

Leave a Reply