You are currently viewing Simpanan ASB dan Pembiayaan ASB. Yang Mana Lebih Untung?

Simpanan ASB dan Pembiayaan ASB. Yang Mana Lebih Untung?

KISAH PELABURAN ESAH & MINAH

 

Esah & Minah ni 2 sahabat baik yang baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan. Masing-masing ada kesedaran kewangan & merancang untuk membuat pelaburan ASB.

Walaupun kedua-duanya nak melabur dalam ASB, tapi mereka berbeza pandangan dengan cara pelaburan yang akan digunakan.

———————-
Situasi A:
Minah lebih suka memasukkan sendiri setiap bulan kedalam akaun ASB kerana merasakan rugi jika dia membuat pembiayaan ASB kerana terpaksa membayar kepada bank setiap bulan. Maka setiap bulan, Minah tanpa gagal menyimpan sendiri RM1,100 kedalam akaun ASBnya selama 30 tahun.

Apabila cukup 30 tahun, ini yang Minah akan dapat dari pelaburannya:-

Modal: RM396,000 (RM1,100 x 360 bulan)
Jumlah terkumpul: RM1,293,671
Keuntungan dari pelaburan: RM897,671

————————
Situasi B:
Esah pula merasakan membuat pembiayaan bank lebih baik dari membuat simpanan setiap bulan. Maka Esah membuat permohonan ASB financing dengan bank sotong sebanyak RM200,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,100 selama 30 tahun.

Apabila cukup 30 tahun, ini yang Esah akan dapat dari pelaburannya:

Modal: RM396,000 (RM1,100 x 360 bulan)
Jumlah terkumpul: RM1,522,451
Keuntungan dari pelaburan: RM1,126,451

——————

Kalau tengok dari situasi di atas, melabur dalam ASB dengan menggunakan pembiayaan ASB lebih untung dari membuat pelaburan setiap bulan menggunakan duit sendiri.

Kenapa? Kerana dengan membuat pembiayaan, dividen dikira berdasarkan sijil RM200,000 dari tahun pertama lagi. Sedangkan jika membuat simpanan sendiri, jumlah dividen tersangat sedikit kena dikira berdasarkan baki simpanan dalam akaun ASB sahaja.

Ini salah satu cara simple & direct buat pelaburan menggunakan ASB financing. Macam-macam cara boleh digunakan untuk menggandakan duit melalui ASB financing tanpa perlu menunggu sampai 30 tahun.

 

 

Love,
Zai Ismail




Zai Ismail

An employee, a content creator & food lover. Passionate in financial, property and digital marketing.

Leave a Reply