Bagi anda yang ingin memiliki rumah pertama tapi sukar untuk mendapatkan pembiayaan disebabkan tidak mempunyai pendapatan tetap, boleh cuba untuk mendapatkan pembiayaan dari Bank Rakyat dibawah Pembiayaan Perumahan-i SJKP.
Petani, Nelayan dan juga Peniaga Kecil boleh cuba memohon skim ini untuk tujuan pembelian rumah pertama. Sebagai bukti anda mempunyai pendapatan, perlulah mendapatkan pengesahan pendapatan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau Kakitangan Kerajaan Kategori A, Penghulu atau Ketua Kampung.
Skim ini untuk pembelian rumah pertama sahaja dan pembelian iaalah untuk rumah subsale, lelong dan rumah yang sedang dalam pembinaan sahaja. Margin pembiayaan yang ditawarkan sehingga 100% serta MRTT/MRTA sehingga RM300,000 atau yang mana lebih rendah. Pembiayaan ini akan dijamin oleh SJKP.
Kriteria & Syarat Permohonan Pembiayaan:
- Terbuka kepada pemohon yang berpendapatan tetap, bukan berpendapatan tetap atau individu yang menjalankan perniagaan.
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 65 tahun.
- Tujuan pembelian ialah untuk rumah pertama dan untuk didiami.
- Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km dari cawangan Bank Rakyat semasa permohonan dibuat melainkan mendapat kebenaran dari SJKP.
- Pendapatan minimum sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan dan disahkan oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung, Kakitangan Kerajaan gred A, Penghulu atau Ketua Kampung.
- Permohonan bersama di antara adik beradik, suami & isteri, ibu bapa bersama anak dibenarkan dengan syarat kedua-dua pemohon masih belum memiliki rumah.
- Deposit minima 3 bulan bayaran bulanan.
Matlamat skim ini adalah untuk membantu mereka yang tetap atau berpendapatan tidak tetap seperti petani, nelayan dan peniaga kecil bagi mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.
Ini merupakan peluang alternatif untuk memiliki rumah kediaman sendiri walaupun dengan pendapatan tidak tetap.
Love,
Zai Ismail