Pregnant ke? Pernah tak ada orang tegur macam ni? Walhal korang tak pregnant pun.
Tips yang Akak share kat bawah ni perlu dijadikan habit sejak dari zaman anak dara lagi. Akak sendiri pun, dari zaman sekolah menengah Akak dah ada habit ni. Tu pun sebab dah terbiasa kat rumah sebab memang Ma Akak biasakan kami.
Apa yang korang kena buat nak elakkan perut buncit? Akak senaraikan kat bawah ni.
- Jangan minum air dalam masa setengah jam lepas makan.
Tak ramai yang boleh buat ni. Bukan setakat minum air dalam masa setengah jam lepas makan, makan bersulam air pun ramai. Sesuap nasi, dua tiga teguk air. Yang ni lagi masalah 😅
Kalau nak minum juga, sebelum makan tu minum dulu. Tapi kalau dah sampai tercekik tu minum jelah. Tapi bukan selalu tercekik pun. Kalau makan gelojoh, memangla kau tercekik dek non.
- Jalan sekurang-kurangnya 40 langkah selepas makan
Ini senang sangat. Sebab lepas makan tu, mesti korang angkat pinggan makan korang dari dining table ke sinki nak basuh pinggan kan. Memang boleh dapat setakat 40 langkah tu.
Jangan pulak korang lepas makan, korang bantai tidoq. Lepas tu komplen, kenapa perut aku buncit. Takpun tanya kenapa aku gemuk.
- Elakkan mandi lepas makan
Ini antara senarai don’t do after meal. Kalau nak buat antara dua ni, make sure mandi dulu baru makan. Sebab mandi dalam masa 30 minit lepas makan, bakal menjadikan perut korang buncit.
Bukan itu sahaja, walaupun dah makan, masa lepas mandi boleh membuatkan korang akan rasa lapar balik & nak makan lagi. JAdi secara tidak langsung korang sedang mengepam badan korang.
- Big no to ice!
Ni semua orang tau kot. Tapi tetap nak minum juga minuman berais. Akak pun sama. Mula2 memang susah nak tinggal. Tapi kalau dah terbiasa minum air suam setiap hari, bila minum minuman berais atau air sejuk, air suam sebenarnya lebih puas minum.
Tapi part ni kalau Akak pregnant, memang Akak langgar habis2. Sebab perut memang akan buncit walaupun kau tak minum ais.. hihihikk.
- No more sweet drinks
Ni lebih kurang macam point nombor 4 jugak. Biasakan minum air suam & elak untuk minum air manis, especially lepas makan. Macam kat rumah Akak, kalau ada orang datang rumah pun, kalau hidang nasi, memang kami akan hidang air suam je. Lepas dah settle makan nasi baru buatkkan air manis untuk tetamu.
Tapi ada sekali ada tetamu datang rumah, kami hidang air masak masa makan nasi, tetamu merungut. “air masak je?”. Terasa depa memandang kami macam kami ni kedekut walhal masa tu air manis dah ready kat dapur. Cuma nak tunggu habis makan nasi baru nak hidang air manis dengan dessert sekali.
Lepas pada tu, kalau tetamu datang, lantak korang lah. Minum lah air manis tu sekali dengan nasi. Biar korang gemuk! hahaha… Marah punya pasal.
Kalau air manis pun tak boleh, minuman berkarbonat lagila. Sekali sekala bolehla. Tapi jangan jadikan habit untuk minum air manis setiap masa sampai air masak hilang dari radar.
Macam Akak pun, sebelah pagi Akak akan minum milo dulu. kadang-kadangla.. Sebab badan pun perlukan gula jugak. Kalau cut habis2, tekde tenaga pulak nak buat kerja ye dak.
Yang penting berpada-pada dan jangan berlebih sangat.
Love,
Zai Ismail
It抯 really a nice and helpful piece of info. I am glad that you shared this useful information with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing.